Jangan ambil phd?huhu...itu lah tajuk untuk kali ni.sedikit menggelirukan,ia bukanlah membawa maksud P.hD(Sarjana kedoktoran) atau dalam bahasa Inggerisnya (Doctor of Philosophy),tapi maksudnya Penyakit Hasad Dengki.Alhamdulillah,dalam musim peperiksaan ni sempat gak mengupdate blog buat tatapan pengunjung blog yang setia(mcm la ramai sgt :D).Post kali ni aku ambil dari Majalah apa ntah,nukilan dari Wan Erni Liza Md Izzati....Ia berkenaan dengan hasad dengki..puncanya...keburukan...dan cara mengikisnya..harap2 korang enjoy membaca...Chow~ ^_^
Puncanya datang dari mana?
pelbagai faktor dan punca yang boleh menimbulkan perasaan dengki,antaranya ialah apabila orang lain mempunyai keistimewaan lebih dari yang kamu miliki.Misalnya teman baik kamu lebih cantik dan kaya dari kamu.Kelebihan pada dirinya membuatkan ramai yang suka berkawan dengannya dan apa sahaja dilakukannya dipuji.Biarpun dia tidak pernah menyakitkan hati kamu malas sentiasa membantu kamu, namun kelebihan pada dirinya sering membuatkan fikiran kamu terganggu. Mengapa ia berlaku?WHY???? Kerana adanya perasaan hasad dengki dalam diri kamu terhadap kelebihan yang ada pada dirinya. Selain dari faktor tidak boleh melihat orang lain lebih, faktor tidak boleh menerima kekalahan juga boleh menimbulkan perasaan dengki. misalnya, kamu sememangnya telah dikenali sebagai seorang yang bijak dan pandai. Namun kehadiran orang baru di tempat kerja kamu telah merubah segala-galanya. Dia lebih bijak dari kamu dan sering mendapat pujian dari ketua. Sikit demi sikit perasaan hasad dengki mula menguasai diri kamu
Adakah Aku dari golongan PHD?
Mungkin ada antara kamu yang keliru sama ada kamu ini tergolong atau tidak dalam kumpulan orang-orang yang menghidapi PHD ini. Sebenarnya mendiagnosis gejala penyakit hasad dengki ini cukup mudah dan senang. Caranya tanya kepada diri kamu sendiri,apakah kamu termasuk dalam golongan orang yang senang lihat orang susah dan susah lihat orang senang? Sekiranya di dalam hati kamu jawapannya ya atau terdapat tanda-tanda kamu memiliki sifat di atas,boleh jadi kamu termasuk dengan orang yang sedang terjangkit PHD ini. Kalau benarlah kamu mewarisi penyakit berbahaya ini, sebaiknya berusahalah untuk mengikisnya. Memang sukar, tetapi kamu harus juga lakukannya kerana jika dibiarkan, ianya akan terus kekal di dalam hati dan akan memberi kesan buruk dalam hidup kamu
Keburukkan PHD
1.orang yang di dalam hatinya terdapat PHD ini,hidupnya tidak akan pernah bahagia,jiwanya sentiasa menderita dan terseksa terutama apabila melihat orang lain lebih daripada dirinya atau mendapat nikmat serta kejayaan. Dan sebaliknya dia akan bergembira bila orang lain susah dan gagal.
2.PHD boleh merosakkan perpaduan dan hubungan sesama insan. Akan timbaul di dalam masyarakat fitnah memfitnah, dendam mendendam buruk sangka, mengumpat dan dosa-dosa lain yang akan menghapuskan segala kebaikan.
3.Seseorang yang melayani PHDnya,pada hakikatnya dia adalah orang paling biadab dengan Allah, sebab secara tidak langsung dia benci kepada Allah, dia tidak reda pada apa yang Allah telah berikan kepada orang lain serta kepada dirinya.
Mengikisnya :
1.Berkongsi suka dan duka setiap kali orang kamu dengki mendapat kejayaan, uca[kanlah tahniah kepadanya dan tungjukkanlah perasaan gembira kamu terhadap kejayaan yang dikecapnya. Sebaliknya apabila dia ditimpa kesusahan,kamu berkongsilah kesedihan dengannya tidak kira apa jua yang menimpanya serta cubalah untuk menghiburnya.
2.Memberi pujian
Berilah pujian terhadap kebaikan serta keistimewaan orang yang kamui dengki di belakangnya. Biar dia tahu kamu mengagumnya bukan sahaja di depan, malah kamu ikhlas memuji ketika dibelakangnya.
3.Melindunginya
Kalau ada orang yang sedang berusaha menjatuhkan ataupun memburukkan orang yang kamu dengi,berusahalah untuk membelanya. Jangan sesekali kita ikut serta untuk memburukkannya.
4.Tutup keaiban dan kesalahannya.
Biatpun kita tahu rahsianya namun janganlah jadikan itu sebagai senjata untuk terus memalukannya. Tidak perlu ceritakan kelemahan orang lain sedangkan kita sendiri tidak pernah sempurna.
5.Menziarahi
Cubalah berbaik2 dengannya. Cara paling baik ialah menziarahinya ketika dia sakit. Lebih baik lagi andai kamu menziarahinya dengan membawa buah tangan atau hadiah. Dia pasti bangga dapat memiliki seorang teman sebaik kamu. Namun lakukannya dengan penuh keikhlasan.
6.Berdoa.
Seperti diterangkan dari awal tadi PHD ini sukar untuk cari penawarnya.Selain dari berusaha dan tekad untuk mengikisnya,jangan lupa untuk berdoa kepada Allah agar dimudahkan membuang penyakit hasad dengki dan jauhkannya dalam diri kita.
8.Bersaing cara sihat
Seperti yang di terangkan di awalnya tadi,perasaan hasad dengki ini wujud kerana kamu tidak dapat memiliki apa yang kamu ingin miliki dan ia jadi milik orang lain. Tidak salah andai kamu mahu rebut semula apa yang kamu inginkan, tetapi bersainglah secara sihat. Bukannya tanam
semula apa yang kamu inginkan, tetapi bersainglah secara sihat.
Bukannya tanam perasaan hasad dengki dan dapatkan apa yang kamu inginkan dengan cara yang tidak baik. Percayalah apa sahaja yang kamu dapat dengan cara yang baik, ia pasti akan bertahan. Tetapi andai cara yang baik, ia pasti akan bertahan. Tetapi andai cara yang tidak baik memang mudah untuk dapat, namun mudah pula kamu
kehilangnya... >.<""
santai-santai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment