santai-santai

Friday, May 1, 2009

ada apa pada 4 ?

Alhamdulillah..baru saja mengisi perut yg kosong..kesian plak tgk blog yg sunyi seketika..
dari dibiarkan kosong,lebih baik aku post..

Kali ni rasanya nak post pasal nasihat plak..untuk peringatan diri ini dan kwn2 semua (bunyi cam tadika)..almaklumla... Agama itu kan saling Nasihat Menasihati



Sekadar renungan kita......


Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Ada 4 perkara yg berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.Adapun yang berharga ialah Akal,Agama,Malu & Amal soleh, maka :

1.Akal boleh hilang disebabkan marah.
2.Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3.Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4.Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi 4 penarikan :
1.Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2.Para ahli waris akan menarik hartanya.
3.Ular akan menarik tubuhnya.
4.Orang yang dimusuhi atau dianiayi akan menarik barang kepunyaannya dihari kiamat iaitu AMALANNYA.

Dari Ali R.A berkata yang bermaksud :
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah 4 macam :

1.Memberi maaf pada waktu marah.
2.Suka memberi pada waktu susah.
3.Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4.Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud :
4 Perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu :

1.Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang2 tua.
2.Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3.Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang2 sakit.
4.Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang2 yang telah mati.


P/S

-Peperiksaan semakin hampir...lagi seminggu dua jer.aku mendoakan kalian agar berjaya didunia dan akhirat...ameen !
-Orang pon doa2la untuk aku :D
-pesan Raziq untuk semua: belajar bukan untuk periksa. adeek mmg \m/

3 comments:

joegrimjow said...

smoge sentiasa beramal

Anonymous said...

Subhanallah, peringatan yang sangat significant dengan hidup manusia era ini. Jazakallah khair. Barakallah fiima katabta. teruskan menulis dan selamat maju jaya dalam exam. hehehe skema pulak ayat. InsyaAllah jumpa kat malaysia.

UIVIAR said...

Insya allah..sama-sama kita beramal..

----------------------------------

insya allah.kalau ada kesempatan kita jumpa deh.. :D