santai-santai

Tuesday, November 25, 2008

Mengarut Sekali Sekala...

Inilah jadinya pabila seseorang itu dalam kebosanan,maka merepek adalah sesuatu perkara yang biasa.

Bermulalah Alkisah........

Bagi orang yang tak meminati sukan bola,mereka mengganggap bahawa peminat bola adalah orang sakit jiwa. Mana taknya,bangun pagi bola,tidur bola,makan bola minum yahudi-cola...
Tapi bagi peminat bola macam aku(kononnya) dan rakan sewaktu dengannya adalah suatu perkara yang 'adi(biasa).Tapi berbeza pula yang minat menonton bola dan bermain bola.Kita bahagikan diorang ni dalam 3 bahagian :
1.Bermain bola dan menonton bola.
2.Bermain bola sahaja.
3.Menonton sahaja.
Yang lebih ahsan(baik) adalah golongan yang kedua,bermain bola sahaja kerana ia adalah riadhoh(bersukan)dan juga tak membazir masa menonton bola.Bersukan adalah digalakkan dalam Islam.Nabi pun bersukan gak(korang?).Untuk menjadi Mukmin Qawiy(Orang Beriman Yang Kuat) seharusnya kita menjalankan hidup yang sihat dan cergas(cargas pelat negeri mana tah!).
Golongan yang pertama, minat bersukan(bagus),tapi sanggup duduk didepan tv selama satu jam setengah ditambah pula masa rehat 10minit(camna aku tau a?).Tak diragui aku dalam golongan yang pertama sebab tu la masa nak tulis artikel ni fikir dua tiga kali gak(tak pasal2 kena komen pedas nanti).Kepada kawan-kawan kita yang berada digolongan pertama ni diharap janganlah marah aku,ini semua hakikat beb.(Rileks2X)hoho.

Haaa...Ni lagi tak boleh membelah(x leh blah)golongan yang ke-3,sudahlah tak bersukan untuk mengeluarkan peluh,terperap depan tv untuk menonton hero kita kononnya menyelamat pasukan yang kita sokong,sambil 'menternak' lemak-lemak yang berada di perut.

Kesimpulan : Lu Pikir La sendiri (Nabil & Ijat)

Selepas korang baca apa yang tertaip di atas ni apa korang rasa?
pada sangkaan aku :
golongan 1 : *^&*% nya Umar,baru hari tu dia nonton bola dengan aku kat rumah ****.Dua kali lima.
golongan 2 : Nasib baik aku dalam golongan 2,phew.
golongan 3 : ya la2X,lepas ni aku turun padang,kecoh la lu.

Rakan-rakan yang tak sempat/suka menonton bola secara siaran langsung boleh memuaturun(download) highlight bola melalui laman web www.soccerpulse.com atau di blogger2 Fan Club contoh arsenalvlog.blogspot.com dengan kualiti yang amat baik dan saiz video tak melebih 100MB.


Sekadar disini dulu.Esok-esok sambung balik.Nak layan Champ. League ni..Hihi*muka tak bersalah*

Tuesday, November 4, 2008

Melayu perlu perkasabahasa sendiri

MELAKA 4 Nov. - Usaha memperluaskan penggunaan bahasa Melayu merupakan tanggungjawab utama masyarakat dan bukannya menyerahkan tugas tersebut kepada agensi kerajaan berkaitan semata-mata.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, masyarakat Melayu itu sendiri perlu memainkan peranan untuk memperkasakan bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi dan dihormati di negara ini.

Menurutnya, kekurangan penglibatan golongan itu dalam menjayakan kempen bahasa Melayu menyebabkan penggunaannya terhad kepada satu kelompok masyarakat sahaja dan tidak meluas di kalangan orang bukan Melayu.

"Keadaan ini sedikit sebanyak menyebabkan edaran akhbar berbahasa Melayu di negara ini amat kecil kerana tiada siapa lagi peduli mengenainya.

"Ini terbukti apabila mengikut statistik edaran sehari akhbar Melayu utama negara iaitu Berita Harian dan Utusan Malaysia pada hari ini kurang 200,000 naskhah sehari," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Bahasa Melayu di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kamarul Zaman Shaharudin.

Kira-kira 250 peserta yang terdiri daripada pakar bahasa, ahli akademik, guru dan pelajar universiti menghadiri seminar sehari itu yang dianjurkan oleh Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (Iksep) dengan kerjasama DBP Wilayah Selatan.

Sehubugan itu, Mohd. Ali berkata, kerjasama yang padu diperlukan daripada orang Melayu untuk memperkasakan bahasa Melayu memandangkan fungsinya sering dipertikaikan pelbagai pihak.

utamakan la
Papan tanda pun boleh jadi isu


"Ini kerana kita sekarang dihimpit budaya luar yang mencampurkan bahasa Melayu dengan bahasa luar.

"Ia berbeza dengan negara Jepun dan China yang sentiasa mengutamakan penggunaan bahasa mereka walau berurusan dengan masyarakat luar,'' katanya.

Katanya, biarpun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di negara ini namun penggunaannya masih tidak meluas kepada semua kaum malah sering dipertikaikan kewibawaannya oleh pihak tertentu yang cuba mempolitikkan isu bahasa.

"Orang Melayu sendiri perlu komited dan berdedikasi untuk memperkasakan bahasanya tetapi terdapat di kalangan golongan itu yang lebih gemar menggunakan bahasa rojak kerana tidak kisah dengan bahasa mereka sendiri," katanya.

rojak penang

Walaupun Rojak amat sedap,tetapi janganlah kita merojak bahasa.

Pada masa sama, agensi kerajaan berkaitan terutama DBP lebih agresif memperkasakan bahasa Melayu melalui usaha untuk memupuk perasaan cintakan bahasa Melayu di kalangan masyarakat.

Menurutnya, melalui usaha itu masyarakat lebih sedar dan mencintai bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa merasa sebarang paksaan.

Thursday, October 16, 2008

2:18 pagi yang bosan

Tak dapat tidur,apa lagi.main internet la. Lepas Subuh nak main bola lagi.Aduh,tapi takpalah program hari jumaat tak banyak.Tadi baik punya minum nescafe susu kt Arau,sebab tu tak dapat tidur kot.

Idea! Datanglah kepadaku,agar dapatku menulis dalam blog yang sunyi sepi ini.2:30 pagi keluar dengan hamdullah pakistani,cari makanan untuk bersahur.Semua kedai dah tutup,nasib baik ada kedai roti 24jam.

Pabila ditanya berapa harga roti fino,terkejut aku dibuatnya,roti daripada 1LE dapat 7 keping,dapat 1LE 4 keping saja.Si penjual roti ni bertanya 'Masa kau beli 1LE 7keping tu bila?' Aku pun jawab 'Awal tahun 2007'.Semua barang dah naik apa yang nak diterkejutkan.Tepung,gula dan macam-macam lagilah.

Tapi,kira oklah kalau nak dibandingkan dengan negara lain,jordan,syria........Malaysia.
Petang tadi beraya di rumah pakcik & makcik yang pernah belajar di Mesir pada akhir tahun 60-an.

Tercenggang aku mendengarkan Makcik tu bercerita pada tahun tu,punyalah murah. Roti 'aish baladi yang sekarang 1keping 25sen pada zaman 60-an hanya 1sen boleh dapat 2keping.Dahsyat2.tu belum kira daging,sekilo 50 sen.Apa macam ? banyak murah tak ? Sekarang daging sekilo 22LE,kalau nak 'standard' sikit,40LE bak kata pakcik tu.
Yang lebih menggerunkan lagi pergi pasar bawa 25sen boleh beli macam-macam.
Dulu Minhah(bantuan) Azhar 10LE sebulan,sekarang 150LE (kalau tak silap).
Memang perubahan yang ketara. Duit Ringgit Malaysia masa zaman tu lebih tinggi nilai RM1 boleh dapat 7LE.

Masa tu kita ni kiranya 'Orang England' lah,tapi sekarang pun apa kurangnya 1Le boleh dapat 1.58LE,Alhamdulillah. Syukur. Tapi untuk lebih syukur,bagi duit RM sama macam dulu.

cukuplah sekadar tu dulu.Mata dah sayu.Badan dah lesu. Suhu tengah membeku. Nafsu kata tidurla dulu. Hati kata tunggu. Subuh menunggu.

Friday, October 10, 2008

Mampukah filem kita diglobalkan?

SESEBUAH filem terutamanya filem Melayu yang diterbitkan bukan setakat untuk tontonan masyarakat setempat semata-mata, tetapi ia juga boleh diperluaskan dengan cara mengedar, menjual atau menayangkannya di luar negara.

Untuk mencapai hasrat tersebut, sesebuah filem itu haruslah mempunyai nilai-nilai global seperti kekuatan jalan cerita, lakon layar, tema, latar tempat, selain elemen-elemen identiti budaya tempatan agar ia mudah menarik penonton di peringkat antarabangsa.

Justeru, sesebuah filem tempatan seharusnya mempunyai faktor-faktor itu sebelum ia boleh diantarabangsakan dan diterima tonton oleh para peminat daripada segenap lapisan usia dan masyarakat walau di mana-mana juga.

kldrift

Bagi mengupas formula itu, Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik (FACT), Universiti Teknologi Mara (UiTM) menganjurkan Dialog Puncak Perdana - Pengantarabangsaan Filem Malaysia di Kampus UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor petang kelmarin.

Dialog yang disertai oleh tiga ahli panel iaitu Pengarah Pembangunan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Khalid Maulod serta pengarah filem, Shuhaimi Baba dan Yasmin Ahmad itu banyak mengupas tentang cabaran yang terpaksa ditempuh sebelum hasrat itu dapat direalisasikan.

Insentif kewangan

Menurut Khalid Maulod, sebagai agensi kerajaan yang bertanggungjawab menggalak dan membantu industri perfileman tempatan, Finas telah melakukan pelbagai cara termasuklah memberi insentif kewangan kepada penerima yang layak bagi membangunkan bidang tersebut.

"Kalau kita bercakap tentang di mana tahap kita berada sekarang ini dalam usaha untuk mengantarabangsakan filem-filem Malaysia, saya rasa ia sedang melalui proses itu.

"Kalau daripada perspektif Finas sebagai pentadbir, kami antaranya telah melaksanakan Dasar Filem Negara yang telah diluluskan pada Mac 2005. Banyak yang telah kita laksanakan daripada dasar itu, termasuklah soal mempromosi dan memasarkan filem-filem tempatan di luar negara.

"Contohnya, sejak 2006 Finas telah membantu memasarkan filem-filem tempatan di pasaran filem seperti di Hong Kong dan Perancis. Bulan depan pula kita akan ke pasaran filem di Santa Monica, Amerika Syarikat," katanya.

Peranan Finas itu memang tidak perlu dinafikan, tetapi menurut Shuhaimi Baba, sebelum usaha untuk memasar atau mengantarabangsakan sesebuah filem itu dilakukan, perkara penting yang harus ditekankan ialah soal skrip yang bermutu.

Kata pengarah filem 1957: Hati Malaya ini, skrip yang bermutu bukan sahaja tidak banyak dan sukar dihasilkan dalam industri perfileman tempatan, malah tidak banyak juga usaha ke arah itu yang dilaksanakan bagi mengatasinya.

Kekurangan skrip

"Setakat ini tidak banyak tindakan yang diambil bagi mengatasi masalah kekurangan skrip yang bagus. Untuk menghasilkan skrip yang baik kita kena ambil masa dan ia juga susah untuk dihasilkan.

"Cuba anda renung sejenak bahawa kita sudah ada banyak stesen televisyen sejak lebih 20 tahun lalu. Tetapi rasanya, setakat ini belum ada drama kita misalnya, yang menang anugerah di peringkat antarabangsa. Apa sebabnya? Kerana kita tidak ada banyak skrip yang bermutu," ujarnya.

Ketika mencelah tentang usaha untuk mengantarabangsakan filem-filem tempatan, pengerusi dialog, Dr. Mahadi J. Murat menambah, usaha juga seharusnya ditumpukan bukan sahaja kepada pembangunan karya-karya yang bermutu, tetapi juga aspek skop pasaran yang lebih efektif.

asean

Beliau memberi contoh, negara-negara Asean yang mempunyai lebih 200 juta penduduk terutamanya dalam kelompok yang menggunakan bahasa dan budaya yang sama iaitu Melayu haruslah diberi tumpuan dalam usaha ke arah pengantarabangsaan tersebut.

"Asean boleh dikatakan berada dalam kelompok alam Melayu yang agak besar di mana selama ini kita lebih banyak didominasi oleh filem-filem Hollywood dari Amerika Syarikat. Mengapa kita tidak banyak halakan pasaran filem-filem kita di kawasan dunia Melayu Asean ini," soal Dr. Mahadi.

Berhubung cadangan itu, Khalid Maulod yang menjelaskan perkara itu berkata, sejak sekian lama Finas lebih banyak menumpukan kepada soal strategi pemasaran dan pembangunan filem sesuai dengan peranan perbadanan tersebut.

"Tetapi pada masa sama kami turut mengadakan banyak usaha lain bagi membantu mencapai hasrat itu. Contohnya, Finas sudah banyak kali menganjurkan pertandingan menulis skrip, bengkel penulisan skrip dan Master Class.

"Misalnya, kita pernah menjemput tenaga pengajar filem, Jeffry Kilmore dari Sundance, Amerika Syarikat dalam program Master Class untuk mencapai tujuan tersebut.

coh

Filem 'Children Of Heaven' yang tercalon dalam 'Academy Award for Best Foreign Language Film' yang hanya memerlukan bajet tak melebihi 200 ribu dollar amerika telah berjaya menambat hati penonton diserata dunia.

"Malah, kita turut membantu kos membiayai pengajian para pelajar dalam bidang ini seperti mereka yang datangnya dari Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan). Mereka yang layak boleh memohon bantuan yang telah disediakan oleh Finas itu," katanya lagi.

Dalam usaha untuk memajukan lagi industri perfileman tanah air, Yasmin pula berpendapat, setiap penggiat filem perlu mempunyai inisiatif sendiri tanpa terlalu bergantung kepada pihak kerajaan termasuklah bantuan daripada Finas.

Jelas sutradara filem Mukhsin ini, para pembikin filem terutama golongan Melayu haruslah lebih berdaya saing dan berusaha gigih bagi meninggikan taraf dan mutu karya-karya mereka sama seperti bangsa-bangsa lain di negara ini.

Sedar diri

"Kita (orang Melayu) seharusnya tidak terlalu mengharapkan kepada bantuan Finas semata-mata, tetapi kita juga kena menganggap kita ini seperti orang bukan Melayu. Para pembikin filem kita haruslah sedar diri dan berdikari.

"Jangan harapkan pihak kerajaan kerana mereka juga ada banyak perkara lain yang hendak difikirkan, misalnya untuk menyediakan kemudahan hospital untuk kemudahan rakyat dan sebagainya. Sedangkan filem ini mungkin sesuatu yang kurang penting," komennya penuh makna.

Pada masa sama, Yasmin turut menegaskan pendiriannya bahawa pengisian yang paling penting dalam sesebuah filem sebelum ia dapat diantarabangsakan ialah penerapan soal nilai-nilai kemanusiaan yang diselitkan di dalamnya.

ngarut
Filem sebeginikah yang dikatakan mempunyai nilai2 murni ?

Ujarnya, beliau bukan menentang idea yang menekankan tentang pengetengahan soal budaya dan bahasa dalam karya-karyanya, tetapi ia hanya merupakan perkara-perkara sampingan yang membantu dalam kekuatan sesebuah filem yang akan dihasilkan.

"Saya perhatikan filem-filem dari luar negara yang berjaya contohnya, dari Korea kuat dengan penerapan unsur-unsur kemanusiaan dan mendapat sambutan ramai. Ini lebih penting daripada kita sibuk mahu memartabatkan budaya Melayu. Di mana Melayunya kita ini?

yas ahm
Yasmin Ahmad Pengarah filem kontreversi.

"Sedangkan songkok yang kita pakai sekarang ini pun diambil daripada budaya luar, contohnya dari India. Bagi saya, apabila kita bercakap tentang nilai-nilai kemanusiaan dalam filem ia lebih bersifat antarabangsa," tegasnya.

Bagaimanapun, pendapat Yasmin disanggah oleh Khalid Maulod yang menyifatkan, dalam sesebuah filem Melayu itu, elemen-elemen seperti bahasa dan budaya sepatutnya dipelihara serta diketengahkan dengan sebaik mungkin.

Elemen budaya dan sejarah juga merupakan antara intipati yang mampu mengangkat sesebuah filem tempatan di peringkat antarabangsa seperti mana yang ditekankan oleh Presiden Persatuan Pengeluar-Pengeluar Filem Malaysia, Ahmad Puad Onah pada dialog itu.

Menurut beliau, Finas misalnya haruslah menyediakan dana khas bagi menerbitkan sekurang-kurangnya lima buah filem setahun yang bertemakan sejarah dan budaya bagi mengisi ruang kekosongan dalam genre tersebut.

"Korea misalnya, setiap tahun menerbitkan lima buah filem yang bergenrekan sedemikian di mana ia mendapat bantuan daripada pihak kerajaan di sana. Saya difahamkan di Vietnam, Laos dan Thailand juga melakukan perkara yang sama.

"Kalau setahun kita berjaya terbitkan filem seperti itu, maka dalam lima tahun sahaja kita akan ada 25 buah filem. Sampai bila kita hendak bergantung kepada filem seperti Paloh, Bukit Kepong atau 1957: Hati Malaya pada setiap tahun," katanya.

Pendekatan itu turut disokong oleh Dekan FACT, Prof. Dr. Hatta Azad Khan yang menyarankan agar kerajaan menerusi Finas menyediakan dana khas bagi membantu mengantarabangsakan filem-filem tempatan.

"Contohnya, kita sediakan dana dalam RM10 juta setahun bagi membantu lima orang pengarah atau penerbit yang berkelayakan bagi membiayai penerbitan filem-filem mereka.

"Ini kerana, kita ada ramai pembikin filem yang bagus tetapi menghadapi masalah kewangan dalam menerbitkan filem yang ada unsur-unsur budaya dan sejarah. Kita tidak boleh halang orang lain yang mahu bikin filem-filem komersial ringan.

"Ini kerana, industri atau pasaran untuk filem-filem seperti itu memang tetap ada. Dalam hal ini, saya cadangkan Finas wujudkan suatu geran untuk membantu golongan penerbit filem yang memerlukannya terutamanya penerbitan filem-filem berunsur budaya," ujarnya.

Jelas Dr. Hatta dalam senario itu, beliau sendiri pernah menghadapi masalah apabila hampir tujuh syarikat produksi menolak permohonannya untuk menerbit serta mengarahkan filem Wayang baru-baru ini.

Sesi dialog yang berakhir awal senja itu disertai oleh 100 peserta termasuk pensyarah FACT, para pelajarnya serta kalangan penggiat dalam industri perfileman tempatan.

Sunday, September 14, 2008

UšHÄ2

Islamophobia Test : Islam People reaction to woman in Hijab



How Muslims Are Treated In USA ?

Wednesday, April 30, 2008

Peace No War !

nahl

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya
.(Annahl 90)

wtc4
Jika kita melihat keganasan,hendaklah kita melihat asal usulnya jauh dari ajaran agama,kerana agama menyuruh kita agar saling menyayangi,lemah lembut,kesejahteraan dan hidup selaras dengan akhlak yang mulia adapun keganasan membawa kepada kekerasan,paksaan yang menyebabkan pertumpahan darah dan berlakunya jenayah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nasib kanak-kanak dibumi palestin

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.Albaqarah ayat 90