santai-santai

Tuesday, November 25, 2008

Mengarut Sekali Sekala...

Inilah jadinya pabila seseorang itu dalam kebosanan,maka merepek adalah sesuatu perkara yang biasa.

Bermulalah Alkisah........

Bagi orang yang tak meminati sukan bola,mereka mengganggap bahawa peminat bola adalah orang sakit jiwa. Mana taknya,bangun pagi bola,tidur bola,makan bola minum yahudi-cola...
Tapi bagi peminat bola macam aku(kononnya) dan rakan sewaktu dengannya adalah suatu perkara yang 'adi(biasa).Tapi berbeza pula yang minat menonton bola dan bermain bola.Kita bahagikan diorang ni dalam 3 bahagian :
1.Bermain bola dan menonton bola.
2.Bermain bola sahaja.
3.Menonton sahaja.
Yang lebih ahsan(baik) adalah golongan yang kedua,bermain bola sahaja kerana ia adalah riadhoh(bersukan)dan juga tak membazir masa menonton bola.Bersukan adalah digalakkan dalam Islam.Nabi pun bersukan gak(korang?).Untuk menjadi Mukmin Qawiy(Orang Beriman Yang Kuat) seharusnya kita menjalankan hidup yang sihat dan cergas(cargas pelat negeri mana tah!).
Golongan yang pertama, minat bersukan(bagus),tapi sanggup duduk didepan tv selama satu jam setengah ditambah pula masa rehat 10minit(camna aku tau a?).Tak diragui aku dalam golongan yang pertama sebab tu la masa nak tulis artikel ni fikir dua tiga kali gak(tak pasal2 kena komen pedas nanti).Kepada kawan-kawan kita yang berada digolongan pertama ni diharap janganlah marah aku,ini semua hakikat beb.(Rileks2X)hoho.

Haaa...Ni lagi tak boleh membelah(x leh blah)golongan yang ke-3,sudahlah tak bersukan untuk mengeluarkan peluh,terperap depan tv untuk menonton hero kita kononnya menyelamat pasukan yang kita sokong,sambil 'menternak' lemak-lemak yang berada di perut.

Kesimpulan : Lu Pikir La sendiri (Nabil & Ijat)

Selepas korang baca apa yang tertaip di atas ni apa korang rasa?
pada sangkaan aku :
golongan 1 : *^&*% nya Umar,baru hari tu dia nonton bola dengan aku kat rumah ****.Dua kali lima.
golongan 2 : Nasib baik aku dalam golongan 2,phew.
golongan 3 : ya la2X,lepas ni aku turun padang,kecoh la lu.

Rakan-rakan yang tak sempat/suka menonton bola secara siaran langsung boleh memuaturun(download) highlight bola melalui laman web www.soccerpulse.com atau di blogger2 Fan Club contoh arsenalvlog.blogspot.com dengan kualiti yang amat baik dan saiz video tak melebih 100MB.


Sekadar disini dulu.Esok-esok sambung balik.Nak layan Champ. League ni..Hihi*muka tak bersalah*

6 comments:

nurzaedah. said...

alhamdulillah golongan kedua! mwahaha~




...bukan football ye.

UIVIAR said...

takpe...yang penting bersukan...=D

Anonymous said...

pada pendapat hamba, mana2 golongan pun tak salah. itu terpulabg hak individu itu sendiri. tapi yang menjadi salah apabila tanggungjawab sebagai muslim atau kita selaku pelajar diabaikan kerana bola. sebagai contoh, sebab bola kita tak solat dan sebab bola kita tak ke kuliah etc.. itu sebagai contoh sahaja ye.. a'la kulli hal hamba pun gila bola juga, diketegorikan golongan yang pertama. hehe peace!!

UIVIAR said...

ya.betul kata coko-loko..tapi bersukan akan mencerdaskan tubuh badan untuk beribadah...kepada 'sportactive'jangan sampai terabai ibadah lain...=D

Anonymous said...

Huhuhu, kena tambah lagi golongan tu, golongan ke-4 yg main game bola je, main bola x, tengok bola apatah lagi. mungkin golongan minoriti je kot. :-D

UIVIAR said...

huhuhu...ada gak ke golongan camgitu?kena banyak kaji lagi nihh....