santai-santai

Tuesday, November 25, 2008

Mengarut Sekali Sekala...

Inilah jadinya pabila seseorang itu dalam kebosanan,maka merepek adalah sesuatu perkara yang biasa.

Bermulalah Alkisah........

Bagi orang yang tak meminati sukan bola,mereka mengganggap bahawa peminat bola adalah orang sakit jiwa. Mana taknya,bangun pagi bola,tidur bola,makan bola minum yahudi-cola...
Tapi bagi peminat bola macam aku(kononnya) dan rakan sewaktu dengannya adalah suatu perkara yang 'adi(biasa).Tapi berbeza pula yang minat menonton bola dan bermain bola.Kita bahagikan diorang ni dalam 3 bahagian :
1.Bermain bola dan menonton bola.
2.Bermain bola sahaja.
3.Menonton sahaja.
Yang lebih ahsan(baik) adalah golongan yang kedua,bermain bola sahaja kerana ia adalah riadhoh(bersukan)dan juga tak membazir masa menonton bola.Bersukan adalah digalakkan dalam Islam.Nabi pun bersukan gak(korang?).Untuk menjadi Mukmin Qawiy(Orang Beriman Yang Kuat) seharusnya kita menjalankan hidup yang sihat dan cergas(cargas pelat negeri mana tah!).
Golongan yang pertama, minat bersukan(bagus),tapi sanggup duduk didepan tv selama satu jam setengah ditambah pula masa rehat 10minit(camna aku tau a?).Tak diragui aku dalam golongan yang pertama sebab tu la masa nak tulis artikel ni fikir dua tiga kali gak(tak pasal2 kena komen pedas nanti).Kepada kawan-kawan kita yang berada digolongan pertama ni diharap janganlah marah aku,ini semua hakikat beb.(Rileks2X)hoho.

Haaa...Ni lagi tak boleh membelah(x leh blah)golongan yang ke-3,sudahlah tak bersukan untuk mengeluarkan peluh,terperap depan tv untuk menonton hero kita kononnya menyelamat pasukan yang kita sokong,sambil 'menternak' lemak-lemak yang berada di perut.

Kesimpulan : Lu Pikir La sendiri (Nabil & Ijat)

Selepas korang baca apa yang tertaip di atas ni apa korang rasa?
pada sangkaan aku :
golongan 1 : *^&*% nya Umar,baru hari tu dia nonton bola dengan aku kat rumah ****.Dua kali lima.
golongan 2 : Nasib baik aku dalam golongan 2,phew.
golongan 3 : ya la2X,lepas ni aku turun padang,kecoh la lu.

Rakan-rakan yang tak sempat/suka menonton bola secara siaran langsung boleh memuaturun(download) highlight bola melalui laman web www.soccerpulse.com atau di blogger2 Fan Club contoh arsenalvlog.blogspot.com dengan kualiti yang amat baik dan saiz video tak melebih 100MB.


Sekadar disini dulu.Esok-esok sambung balik.Nak layan Champ. League ni..Hihi*muka tak bersalah*

Tuesday, November 4, 2008

Melayu perlu perkasabahasa sendiri

MELAKA 4 Nov. - Usaha memperluaskan penggunaan bahasa Melayu merupakan tanggungjawab utama masyarakat dan bukannya menyerahkan tugas tersebut kepada agensi kerajaan berkaitan semata-mata.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, masyarakat Melayu itu sendiri perlu memainkan peranan untuk memperkasakan bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi dan dihormati di negara ini.

Menurutnya, kekurangan penglibatan golongan itu dalam menjayakan kempen bahasa Melayu menyebabkan penggunaannya terhad kepada satu kelompok masyarakat sahaja dan tidak meluas di kalangan orang bukan Melayu.

"Keadaan ini sedikit sebanyak menyebabkan edaran akhbar berbahasa Melayu di negara ini amat kecil kerana tiada siapa lagi peduli mengenainya.

"Ini terbukti apabila mengikut statistik edaran sehari akhbar Melayu utama negara iaitu Berita Harian dan Utusan Malaysia pada hari ini kurang 200,000 naskhah sehari," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Bahasa Melayu di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kamarul Zaman Shaharudin.

Kira-kira 250 peserta yang terdiri daripada pakar bahasa, ahli akademik, guru dan pelajar universiti menghadiri seminar sehari itu yang dianjurkan oleh Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (Iksep) dengan kerjasama DBP Wilayah Selatan.

Sehubugan itu, Mohd. Ali berkata, kerjasama yang padu diperlukan daripada orang Melayu untuk memperkasakan bahasa Melayu memandangkan fungsinya sering dipertikaikan pelbagai pihak.

utamakan la
Papan tanda pun boleh jadi isu


"Ini kerana kita sekarang dihimpit budaya luar yang mencampurkan bahasa Melayu dengan bahasa luar.

"Ia berbeza dengan negara Jepun dan China yang sentiasa mengutamakan penggunaan bahasa mereka walau berurusan dengan masyarakat luar,'' katanya.

Katanya, biarpun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di negara ini namun penggunaannya masih tidak meluas kepada semua kaum malah sering dipertikaikan kewibawaannya oleh pihak tertentu yang cuba mempolitikkan isu bahasa.

"Orang Melayu sendiri perlu komited dan berdedikasi untuk memperkasakan bahasanya tetapi terdapat di kalangan golongan itu yang lebih gemar menggunakan bahasa rojak kerana tidak kisah dengan bahasa mereka sendiri," katanya.

rojak penang

Walaupun Rojak amat sedap,tetapi janganlah kita merojak bahasa.

Pada masa sama, agensi kerajaan berkaitan terutama DBP lebih agresif memperkasakan bahasa Melayu melalui usaha untuk memupuk perasaan cintakan bahasa Melayu di kalangan masyarakat.

Menurutnya, melalui usaha itu masyarakat lebih sedar dan mencintai bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa merasa sebarang paksaan.