santai-santai

Thursday, March 26, 2009

Jangan Perlekehkan Budu™

MUNGKIN perkataan budu agak janggal atau dipandang sepi sesetengah orang.

Namun bagi peminat fanatik, ia dianggap makanan tradisi yang wajib ada dalam menu harian mereka.

Percayakah jika dikatakan budu iaitu sejenis cairan yang diperam dalam tempoh tertentu bersama ikan bilis atau pekasam lain dan enak dicicah bersama ulam-ulaman, boleh dijadikan antara medium terbaik untuk mencantikkan wajah seseorang?

Barangkali ada pihak yang tersenyum sinis namun kajian sekumpulan penyelidik di Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) membuktikan ia mampu direalisasikan.


Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, kajian terhadap budu menunjukkan ia mempunyai potensi tinggi dalam pertumbuhan sel kulit.

Selain membentuk sel biak terbaik terhadap kolagen serta bersifat elastin, budu dikatakan mempunyai nisbah 50 peratus dalam membantu dari segi antipenuaan.

"Berdasarkan penyelidikan terperinci mengenainya, proses sintesis terhadap kolagen didapati lebih baik daripada vitamin C berdasarkan kandungan makanan itu.

"Kulit perlu dilindungi daripada elemen negatif selain mengimbangi sel manakala bahan berkenaan juga mampu melindungi daripada pancaran ultra ungu matahari," katanya.

Menurutnya, Sirim sedang mencari pelabur atau peniaga dalam bidang kosmetik untuk melariskan formula yang dirintis.

Katanya, budu keluaran Ketereh antara ramuan tertua dan begitu sinonim dalam sajian makanan di negeri Pantai Timur, malah menjadi sajian di seluruh Semenanjung Malaysia.

Menggunakan BK sebagai singkatan Budu Kelantan atau Budu Ketereh pada rumusan produk yang bakal dilonjakkan, beliau berharap impian untuk melihat budu menjadi jenama popular satu hari nanti bukan hanya terbatas di Malaysia, bahkan melonjak ke luar negara.

Dia turut menafikan kesan penggunaan budu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit atau menimbulkan bau kurang menyenangkan.

Baginya, kebanyakan produk berjenama dunia yang eksklusif juga mengandungi bauan yang tidak enak.

Menurutnya, penemuan saintifik yang diolah dengan bioteknologi terkini untuk menyah bauan yang kurang disenangi boleh dilakukan dengan campuran ekstrak tertentu.

Ramuan yang terdapat dalam budu mempunyai kandungan tertentu turut bergabung dengan ekstrak lain yang bersifat bebas radikal, tiada campuran kimia atau bahan pengawet yang memudaratkan tubuh.

Katanya, unsur yang digunakan seperti raksa atau plumbum diselitkan dan diseimbangi dalam tahap yang dibenarkan Kementerian Kesihatan.

"Kami berhasrat mensasarkan produk ini di kalangan masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang sendiri sebagai sasaran utama memandangkan budu berasal dari negeri itu. Tetapi kami tidak menolak jika ada pengusaha lain yang meyakinkan untuk menaik taraf budu ini ke tahap lebih tinggi.

"Keyakinan kami didukung kuat oleh sifat masyarakatnya yang sinonim dengan makanan berkenaan selain menunjukkan sikap jangan perlekehkan budu kerana ia mampu menjadi bahan terpenting dalam produk kecantikan.

"Bukan sekadar makanan, tetapi ia sekali gus mampu melakar sejarah tersendiri dalam dunia kecantikan yang tiada sempadan. Namun, kami ada cara dalam melonjakkannya untuk menjadi jenama terkenal dan perkataan budu itu tidak akan ditekankan jika dikhuatiri mengundang pandangan negatif segelintir masyarakat terhadapnya.

"Mungkin pendekatan yang diguna pakai untuk lebih komersial adalah proses penapaian bahan berasaskan marin untuk penggunaan kosmetik. Kami percaya ia akan melindungi atau memberi kesan terhadap pembaikan kulit secara perlahan-lahan.

"Berdasarkan kajian, keluaran yang baik adalah produk yang tidak memberi kesan terlalu cepat terhadap kulit wajah seperti didakwa sesetengah pengusaha produk kecantikan. "Mungkin ada bahan campuran kimia tertentu dan pengguna harus ada pengetahuan mengenai produk supaya tidak memberi kesan buruk kelak.

"Sebenarnya, kesan melebihi tiga minggu lebih memberi kesan berpanjangan bagi kebaikan kulit wajah," katanya.

Sebagai pertubuhan yang dipertanggungjawabkan terhadap aspek mutu atau piawaian dalam jenama atau pembuatan bahan di negara ini, Sirim turut meletakkan syarat tertentu kepada mana-mana syarikat yang bakal terpilih untuk meletakkan jenama berkenaan pada tahap sewajarnya kerana pelbagai aspek diambil kira sebelum 'menjual' formula itu kepada pihak pembeli.

Lebih membanggakan, usaha lapan penyelidik Sirim itu turut mendapat penghargaan di Jepun ketika persidangan di negara itu baru-baru ini yang mengiktiraf usaha dilakukan kumpulan penyelidik berkenaan yang dikatakan antara penyelidikan terbaik.

"Sebenarnya sewaktu menghadiri seminar dan membentangkan hasil penyelidikan di Jepun, kita berasa jauh ketinggalan dalam aspek teknologi berbanding negara lain termasuk Korea. Tetapi ia tidak menjadi halangan kepada kami untuk terus mengkaji pelbagai lagi penemuan baru untuk diketengahkan.

"Apa yang terpenting, aspek bioteknologi amat penting dalam memastikan ia bebas bahan kimia yang boleh memberi kesan tidak baik kepada tubuh seseorang. Untuk itu, kajian kami lebih mengutamakan aspek bahan tempatan yang boleh dikomersialkan," katanya.

Menurutnya, jika beberapa jenama kecantikan dari luar negara begitu terkenal menggunakan bahan penapaian atau yang diperam bahkan ada yang berbau busuk, dia menyangkal BK yang menjadi penemuan pertama Sirim akan ditolak.

Sebagai ketua penyelidik, Hamidah tidak menolak tanggapan mungkin budu menjadi penyebab beberapa aspek lain seperti kebanyakan wanita Kelantan mempunyai tekstur kulit lebih menarik atau ia mungkin atas faktor genetik.

"Mungkin kajian pihak lain boleh membuktikannya apabila ada yang mengatakan ramai golongan cerdik pandai terdiri daripada orang Kelantan mungkin disebabkan budu menjadi sarapan mereka.

"Ia ada seribu kemungkinan cuma kajian kami hanya menjurus kepada budu sebagai satu aspek penapaian yang boleh jadi formula menarik dari aspek kecantikan," katanya.


Sunday, March 15, 2009

Kenapa Aku dilahirkan pada 29 julai ?

kerana pada 29 julai :
padahal x de kena mengena pon..saja je buat semak kt blog...tapi info2 ni sebenarnya mcm best.hua3..

sumber
wikipedia

Wednesday, March 4, 2009

Masa Oh Masa...Bangau Oh Bangau....

masa....berhenti jap...laju nya ko berlari..kenapa masa begitu cepat berlalu?tup tap tup tap da menjangkau usiaku 21 tahun (insya allah 29hb 7 1988) .....angka 21....yang mempunyai banyak makna tersirat...tapi siapa yang tahu?biarlah rahsia....




(BAIK2X)



aku bersama kwn2 aku berjalan2 di hayyu sabie'....membeli sedikit keperluan brg2 rumah...dalam masa perjalanan...lalu la d kafe arab yg berlungguk2 kt situ,kasihan aku tgk diorang melepak....main dam...nonton filem yang tah paper,hisap shisha....

senang cite mmg buang masa tak dapat dinafikan...patut la negara ni tak maju2..sebab banyak kafe dan kedai2 lepak yang membuang masa.....



Pastu bila aku merenung pada diriku...bila aku tgk depan cermin....hatiku berkata : "laaa..lebih kurang je ko dengan mamat2 yang lepak tu...cuma beza korang dia buang masa kt kafe..ko buang masa dengan buat bende2 yang x faedah) lantas aku pun memarahi Dhomirku...dan aku suruh dia dok diam2...(banyak bunyi lak)



huhu...tapi lepas fikir sejenak betul gak kata dhomirku ini...jadi aku cuba sedaya upaya untuk tidak membuang masa.....terkadang alpa...lalai....iman x cukup kuat...cuba lagi....WOI mamat !jangan buang masa,hargailah masa...huhu....masa begitu penting dan amat besar di sisi tuhan kita ..sebab tu la allah bersumpah keatas masa....Allah tidak akan bersumpah sesuatu perkara kecuali benda tu amat penting untuk umat manusia...



Allah s.w.t bersumpah pada matahari....fajar.....begitu juga allah bersumpah pada masa....."demi masa.....sesungguhnya manusia berada didalam kerugian,melainkan yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."



adakah aku betul2 beriman?dan beramal soleh?huhuhu....*tarik nafas panjang*...

القراءة للجميع





Sesungguhnya tidak keterlaluan jika ada orang kata "bacalah untuk terus hidup"



kempen Suzan Mubarak kat Mesir..walaupun si suzan ni tak berapa best.tp benda baik apa salahnya ikut.... dia menggalakkan supaya semua lapisan masyarakat Mesir tidak buta huruf....sebab kat sini ramai budak2 bawah umur dah bekerja...
Kawan : "zaman maju macam ni,kalau kita tak bersungguh2 terkebelakanglah kita"


pepatah cina ada mengatakan "Manusia semua serupa. Yang membezakan mereka adalah pendidikan".


lagi satu "Tanamlah gandum kalau kamu ingin hidup setahun, tanamlah manusia (mendidik)jika kamu ingin hidup selamanya".


begitulah mendalamnya kata2 orang tua2 cina..walaupun pepatah tu x bunyi cina...(ayyark)


Islam amat mementingkan umatnya berilmu pengetahuan...ayat pertama alqur'an yang diturunkan ke atas nabi "iqra'" maksud bacalah...di dalam surah al-'alaq yang membawa maksud bacalah dengan nama tuhanmu"



Baca disini bukan hanya membaca maksud membaca kepada benda yang tertulis...baca disini membawa maksud yang luas..kerna nabi adalah seorang yang Ummiy (x dpt membaca & menulis)...sedangkan allah mengetahui nabi ummiy kenapa disuruh membaca ? maka sia2lah....



maksud Iqra' ialah bacalah dengan nama tuhanmu....jika kita terpandang langit...kita baca disudut hati..maha kuasa allah...yang menciptakan langgit....dihiasi bintang2...bila kita memandang tubuh badan kita yang sihat....kita bersyukur....alhamdulillah...kita membaca menggunakan akal kita yg waras...


Kenapa Aku Lemah?



Memangla manusia lemah..kerna manusia dicipta...jadi yang sempurna pencipta..laaa..tu aku tau la...jangan marah..maksud aku lemah disini..lemah berbahasa arab

Aku cuba menggali dalam2...haa,...da jumpe...antara sebab kenapa ramai mahasiswa/wi termasuk aku lemah berbicara dalam bahasa arab..kerna ramai kawan2 diorang kat sini orang melayu..jarang tgk melayu join arab..atau arab join melayu (illa qalila) ahhhh..senang cite susah ah...


pelajar2 disini mengganggap bahawa orang2 disini x layak bergaul bak kata orang Haraami...kasihan....kasihan kepada orang2 arab yang baik...purata arab yang boleh lepak sekali 10 orang mungkin 3 org..huhuhu...tapi kita menolak mereka semuanya....kita tak sudi bergaul dengan mereka..atas alasan keselamatan....ya betul...keselamatanlah menyebabkan pelajar malaysia lari bila tgk arab (aku pon terkadang termakan gak)harraaam..


Bergaullah dengan orang arab yang baik2 (bukannye takde).

(gambar sebelah : Kawanku bersama anak2 ustaz Fareed)


Kalau pelajar2 di UK atau lain2 balik ke tanah air fasih berbicara inggeris,kenapa kita tak leh?haraaaam aa...

kenapa orang cina leh ckp mandarin...melayu..inggeris....india leh ckp tamil..melayu....inggeris....kenapa kita x leh?kita kena buktikan kita pun mampu bertutur paling kurang 3bahasa..

haa?susah?laa..memang la susah..mana ada benda senang dalam dunia ni..nak cari bini pon susah...hu3x....
rasanya dah banyak aku cakap..kang baja lebih2 pokok mati lak...huhuhu...
sebelum mengakhiri aku nak ajak korang2 baca artikel Kesan Tamadun Islam terhadap dunia Matematik

JOM BACA !!~ chow~salam~