Mari-Mari

santai-santai

Tuesday, December 22, 2009

Syukur

ALHAMDULILLAH...

AKu Bersyukur kerna diberi kesempatan untuk Menyayangi MEREKA !

Thursday, December 17, 2009

Doa Awal tahun dan akhir tahun





*Sila klik pada gambar untuk saiz lebih besar

Thursday, December 10, 2009

pencarian mahasiswa/wi

Resipi Rindu


Serba sedikit pasal program "Resipi Rindu".

Pengacara : Kumpulan Raihan dan Erra Fazira

Maklumat yg diperlukan dpd pelajar yg berminat seperti berikut:-

* Sila sertakan nama penuh universiti di Iskandariah untuk dimuatkan dalam proposal dan skrip program

* Maklumat pelajar yg diperlukan:

Nama penuh mereka, umur, alamat penuh keluarga mereka di Pantai Barat Semenanjung Malaysia sahaja (Elakkan pelajar dr Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak), dan nombor telefon rumah/mobile keluarga mereka. Kami memerlukan lebih kurang 10 pelajar perempuan dan 10 pelajar lelaki. Pelajar itu hendaklah yang sudah belajar di sana lebih dari tiga tahun, dapat yang paling lama belajar di Mesir lagi bagus untuk mendapat cerita yang menarik. Kerana lagi lama tinggal di negara orang lagi banyak pengalaman yang dilalui. suka duka mereka di rantauan.

* Pelajar itu dari pelbagai pengajian seperti kedoktoran dan sebagainya. Untuk jurusan kedoktoran, boleh pilih pelajar perempuan yang belajar di universiti al-azhar Alexandaria (pelajar medik)

* mereka akan ditemubual mengenai perasaan mereka sepanjang berada di Mesir. Apakah masakan ibu yang paling mereka rindui. adakah mereka ada cuba memasaknya sendiri menggunakan apa saja bahan masakan yang ada di sekeliling mereka.

* Bawa mereka ke pasar untuk membeli bahan masakan yang diperlukan dan selepas siap dimasakan boleh dimakan bersama rakan-rakan yang turut belajar di sana.

Segala kos penyediaan peralatan dan bahan2 masakan disediakan oleh pihak penerbit. Bayaran saguhati akan diberikan kpd setiap pelajar yg terpilih. Kerjasama dpd pihak ibubapa di Malaysia sangat-sangat diperlukan memandangkan rakaman secara langsung diantara pelajar di Mesir dan Ibubapa di Malaysia dibuat secara langsung.

Maksudnya persetujuan pelajar dan ibubapa diperlukan di sini untuk menjayakan program ini.

tarikh shooting : 18 jan smpi 31 jan
waktu shooting : ikut masa pelajar bila 'free'

P/S : Siapa yang berminat boleh la bagitahu segera sebelum 12 desember 09 ye.

Boleh terus hubungi
En. Khairul Anwar
no tel : +20191089275
@ emel : brotherz_huffaz@yahoo.com

Monday, October 12, 2009

Sejauh Manakah Kita Bersyukur Dalam Kehidupan Ini?

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita tidak pernah terlepas daripada menghadapi perasaan susah hati, gusar, dan sebagainya. Tidak kira sehebat mana pun anda, anda akan tetap merasai perasaan tersebut. Pada pandangan peribadi saya, perasaan susah hati ini timbul apabila kita tidak memanjatkan kesyukuran atas kurniaan rezeki yang dikurniakan oleh-Nya.

Tanya pada diri anda sendiri, adakah setiap perjuangan yang anda lakukan dalam kehidupan seharian anda diakhiri dengan ucapan syukur kepada Allah S.W.T? Adakah anda seorang yang terlalu mengejar dunia sehingga lupakan amalan yang perlu dibawa ke akhirat kelak?

Ramai yang mengadu menghadapi kesukaran dalam kehidupan tidak kira daripada pelbagai aspek seperti kewangan, percintaan, keluarga dan sebagainya. Ketahuilah bahawa setiap kesukaran yang anda hadapi, pasti akan ada orang selain daripada anda yang menempuhi dugaan yang lebih dahsyat daripada anda. Oleh itu, sentiasalah bersyukur atas apa yang berlaku dalam diri anda dan sentiasa memperbaiki kehidupan anda pada masa akan datang.

Kuasa Bersyukur

Bersyukur bukan sahaja dapat mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T, malah ia dapat memberikan ketenangan yang tiada tandingannya. Setiap ketenangan itulah akan membawa kita untuk meneruskan kehidupan serta berusaha untuk meningkatkan taraf hidup ke arah yang lebih baik dan diberkati oleh-Nya.

Jadi mulai hari ini marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa kesyukuran atas segala kurniaan rezeki yang diberikan. Saya percaya setiap halangan dan cabaran yang diturunkan oleh Allah S.W.T pasti membawa hikmah yang mempunyai 1001 maksud tersirat. Sama-samalah kita berjuang ke jalan yang dibenar dan diredhai oleh-Nya.


Sumber : http://motivasikejayaan.com/

Wednesday, September 16, 2009

Hargai Yang Masih Hidup

Iklan2 Raya yang menyentuh hati dan perasaan














MENYESAL DAHULU PENDAPATAN MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA

Monday, September 14, 2009

Soalan yg kerap ditanya

Soalan yang selalu ditanya bila aku kt Mesir : ko balik Malaysia x tahun ni?
Soalan yang selalu ditanya bila aku kt Malaysia : bila nak ke sana balik ?


Aku kira2 setakat ni soalan yg ditanya bila aku di Mesir lebih dari 50 kali,dan soalan di Malaysia baru 5-10 kali.

kenapa keadaan begini berlaku ? kenapa mereka asyik tanya soalan sama?
Jawapannya mudah saja, antara mereka betul2 nak tahu jawapan,atau mereka ingin meramah mesra dgn kita.

Sebenarnya aku bukan nak cakap apa2 pun dalam post kali ni,tapi ada seorang sahabat aku merungut.....

Bunyinya mcm ni "ish..berapa kali aku nak jawab soalan ni? dah takdak soalan lain ke nak tanya ?"
Janganlah merungut sedemikian,mcm aku ckp tadilah,antara dia nak tahu jawapan atau dia nak beramah mesra @ bercakap dgn kita...

Aku rasa aku dah mula merepek,lebih baik aku minta diri dulu..chow~

Friday, August 21, 2009

My Only Wish (interlude)






All your armies, all your fighters

All your tanks, and all your soldiers
Against a boy holding a stone
Standing there all alone
In his eyes I see the sun
In his smile I see the moon
And I wonder, I only wonder
Who is weak, and who is strong?
Who is right, and who is wrong?
And I wish, I only wish
That the truth has a tongue



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK BAGI SEMUA UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA