santai-santai

Friday, April 24, 2009

Cara2 Menjawab Soalan

Beberapa hari saja lagi, kita [Uni Al-Azhar] akan menghadapi peperiksaan sem 2,jadi nak kongsi sikit tips yang diambil dari bu'uth group,friendster.Ini mungkin hanya sebahagian tips.bagi sapa2 yang nak ada tips2 jgn kedekut ye.kongsi2 la anda sebelum anda dikongsikan (lawak lama)....


1.Tulisan

-tulis dengan tulisan yg besar dan cantik (atau kata lain rapi & kemas) jgn tulis hampeh2 je,
yela korang taukan Al-Azhar ni berapa ramai pelajarnya, jadi kalau tulisan kt atas kertas pun cikai je. Pentashih tu dah la penat menatap kertas2 jawapan yg berlambak2, tulisan kita pulak nampak tak kemas dan rapi,
sebaiknya kita permudahkan urusan dia nak tashihkn kertas jawapan kita tu, tulis lah elok2.

2-Bersistem

Lagi satu bersistem .. jgn asal boleh jer. mungkin dgn cara kita tu ade sedikit sebanyak memberi kesan pada nilai markah ... mana tau .. haha ...
(tapi kene betul la .. tulis punye cantek, jawapan lari dari soalan pon tk gune .. haha)

3-Jawapan

-tulis jawapan jgn lari dari soalan. Ape yg ditanya tu lah yg kite jawab. Jgn pandai2 nk tmbah2 (bajet dpt markah lebih?), Jawapan yg mantap adalah jawapan yg meliputi semua soalan yg diberikan tanpa kekurangan atau berlebih2an. contoh die tanye faraidh wudu' sekali kite jawab dengan sunat2, makruh2 .. kire pro ah? ke dah tkde idea faraidh wudu ada bape kite gantikan ngn bende lain yg tkde kene mengene? .. aku rasa bende ni tk menambah markah pon .. (aku rasa ah .. org lain tk tau ah ..)

4-Muqaddimah

-sebaiknya tulis muqaddimah kt first line (muka pertama) kertas jawapan. Tips ni pon aku ambek dari senior2 time kt Furqan dulu .. Muqaddimah mudah2 je .. takyah sampai satu/setengah mukasurat (melampau giler!) puji2an kepada Allah, selawat dan salam atas Nabi s.a.w, doa dipermudahkan urusan/menjawab soalan .. dah. Jadi ah tu .. (ke nk tulis khutbah?)

5-Pen

ni aku dpt dari org arab. Die tulis dalam kertas jawapan tu 2 color. (takleh bnyk2, ape, ko ingt ni peraduan melukis?) kire sistematik dan kemas lah cara jawapan die tu. Die pakai color hitam ngn biru. contohnya, kalau die nk tulis point2 yg agak penting die pakai hitam, pastu die syarah ngn pen biru. Smarrt kan? cuba ah buat ..

6-Perasingan

ni kalau kertas jawapan korg untuk 2 madah yg berbeza, (dirasat bnyk ah .. kalau yg laen ade jgk aku rasa) contoh mcm, nahu&saraf, hadith&mustalah .. dll. Kalau camni kertas jawapan korang kalau boleh asingkan jawapan madah A dgn madah B. Itupon atas doktor, ada doktor lagi suka kita asingkn jawapan kita.Jgn jadikan dalam 1 muka dua2 madahnya jawapan, sebab kadang2 pentashih untuk madah2 tu berbeza, jadi sebaiknya kita asingkn mukasurat kalau nk tulis jawapan. (jgn tulis mcm sebahagian org .. tulis jawapan mcm tulis suratkhabar .. aku ingt die buat insya' ape? lol)

ok .. tu jer. harap sedikit sebnyk benda ni beri faedah bagi sesiapa yg membacanye .. amin.

PS: Akhir kalaam,marilah sama2 kita berdoa moga2 kita semua berjaya didunia dan akhiraat...ameen...

ditulis oleh Zaweer
dikopi/paste oleh tuan bl0g

Monday, April 6, 2009

Jadual Naik Bas Kaherah - Dumyat, Dumyat - Kaherah

KAHERAH - DUMYAT


Kepada sesiapa yang nak ke Dumyat dari Kaherah boleh menaiki bas di ramses East Delta....

6:00 Pagi : 16LE (Jalan Ismailiyyah)
7:00 Pagi : 20LE (Jalan Ismailiyyah)
8:00 Pagi : 16LE (Jalan Kafr Sa'd/kawasan pertanian)
9:00 Pagi : 20LE (Jalan Ismailiyyah)
10:00 Pagi :16LE(Jalan Kafr Sa'd/kawasan pertanian)

11:00 Pagi :20LE (Jalan Ismailiyyah)
12:00 Tgh Hari : 16LE(Jalan Ismailiyyah)
1:00 Petang : 16LE(Jalan Ismailiyyah)
2:00 Petang : 20LE(Jalan Ismailiyyah)
2:45 Petang : 20LE(Jalan Ismailiyyah)
3:30 Petang : 20LE(Jalan Ismailiyyah)
4:30 Petang : 16LE(Jalan Ismailiyyah)
5:30 Petang : 20LE(Jalan Ismailiyyah)
6:30 Petang : 20LE(Jalan Ismailiyyah)
7:30 Malam : 20LE(Jalan Ismailiyyah)
8:30 Malam : 16LE(Jalan Kafr Sa'd/kawasan pertanian)

bas paling awal bermula jam 6:00 pagi...
dan paling lewat 8:30 malam (aku x pernah cuba lagi...hoho)

dinasihatkan bagi yang nak cepat eloklah memilih bas yang menggunakan jalan Ismailiyyah..bagi yang nak mencuci mata dengan menikmati keindahan hijau bumi tuhan ....boleh la naik bas yang lalu jalan kafr sa'd/kawasan pertanian,tapi selalunya bas ni memakan masa selama 4-5jam.(lama tuhh)



DUMYAT - KAHERAH

5:30 Pagi : 16LE (Jalan Kafr Sa'd/kawasan pertanian)
6:00 Pagi : 20LE (Jalan Ismailiyyah)
6:30 Pagi : 20LE (Jalan Ismailiyyah)
7:00 Pagi : 20LE (Jalan Ismailiyyah)
8:00 Pagi : 16LE (Jalan Ismailiyyah)
9:00 Pagi : 20LE (Jalan Ismailiyyah)
10:00 Pagi :20LE(
Jalan Ismailiyyah)
11:00 Pagi :20LE (Jalan Ismailiyyah)
12:00 Tgh Hari : 20LE(Jalan Ismailiyyah)
1:00 Petang : 16LE (Jalan Kafr Sa'd/kawasan pertanian)
2:00 Petang : 16LE (Jalan Ismailiyyah)
3:00 Petang : 16LE (Jalan Kafr Sa'd/kawasan pertanian)
4:00 Petang : 20LE (Jalan Ismailiyyah)
5.00 Petang : 16LE (Jalan Kafr Sa'd/kawasan pertanian)
5:30 Petang : 50LE (Jalan Asyut)
6:30 Petang : 16LE (Jalan Ismailiyyah)
7:30 Malam : 20LE (Jalan Ismailiyyah)




jom jalan2 dumyat sempena Tahun Melawat Dumyat 2009



"Visit Damietta 09"