santai-santai

Friday, January 30, 2009

Dumyat & Kerang.....

Memburu kerang

Memburu kerang adalah satu aktiviti tahunan dumyat dikala musim sejuk.Tak peliklah kenapa mahwasiswa/wi sanggup bersusah payah turun ke Dumyat untuk mengutip kerang,kerna ia mudah didapati di tepi pantai dalam keadaan terbaring ataupun meniarap.Dumyat memiliki keunikan yang berbeza berbanding negeri-negeri lain di Mesir,Udara yang nyaman dan segar,bunyi kicauan burung,alunan ombak dan mempunyai penduduk yang tidak ramai menambahkan lagi kasih sayang warga Malaysia pada Dumyat.Aku terdengar gosip2 arab disini mengatakan rakyat Mesir di Bandar Dumyat Baru (New Damietta City) hanya 30 000 orang ( wallahu a'lam).

Photobucket


Lokasi kerang terletak lebih kurang 10KM (atau lebih) dari rumah pelajar2. Bagi pembonceng basikal mungkin memakan masa selama 30minit,korang boleh juga menyewa van.Dan kepada yang ingin berjalan kaki,lebih baik fikir masak-masak sebelum membuat tindakan melulu...(huhu)


Saiz kerang di Dumyat sangatlah berbeza dibandingkan di Malaysia,saiznya yang sangat besar menambahkan lagi keberahian kepada penggemar makanan laut ini.
Tiga sekawan sedang memecahkan cengkerang.Bak kata Budi,vandalisme.huhu

Tempat2 menarik di Dumyat

Photobucket



Pemandangan rumah api pada waktu malam,Roksul bar(Gambar)

Diantara tempat2 menarik yang boleh dilawati di Dumyat adalah Raksul Bar (رأس البر),juga terdapat sempadan yang menghubungkan antara Sungai Nil dan Laut.Dinasihatkan kepada pengunjung tidak menghampiri rumah api kerana ianya sangat panas,(jgn percaya).Rumah api ni juga menurut kisah dongeng orang tua mempunyai roket untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat jika disentuh oleh pengunjung.Ia amat sensitif.


                                                    Salah satu projek kerajaan


Panorama Dumyat Lama (Dumyat Qadimah)

*Sila klik pada gambar untuk saiz yg lebih besar.

Tuesday, January 27, 2009

Memahami erti jihad

DALAM kamus Islam, jihad bermaksud perang pada jalan Allah. Tetapi, sejauh mana ia difahami, khususnya oleh masyarakat antarabangsa?

Salah faham itu menyebabkan orang Islam sering dikaitkan dengan 'keganasan' (terrorism) sedangkan jihad dan keganasan jauh berbeza.

Photobucket
Keganasan dibumi Gaza


Jihad bermaksud berjuang sedaya upaya pada jalan Allah seperti dijelaskan dalam al-Quran: "Dan Berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya." (al-Haj:78)

Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda maksudnya: "Sesiapa mati padahal dia tidak berperang dan tidak pun pernah berniat hendak berperang, maka matilah dia seperti mati jahiliyah."

Tetapi di Barat, jihad kerap disalah erti sebagai perang suci yang dianggap sama dengan perang suci orang bukan Islam seperti Kristian dan Yahudi sedangkan dalam terminologi Islam pengertiannya lebih luas.

Jihad berasal dari perkataan juhd yang bermaksud kuasa dan upaya (at-taaqah) serta kesukaran (al-masyaqqah), membabitkan dua pengertian iaitu secara umum dan khusus.

Pengertian umum jihad ialah segala daya usaha dan segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum dan perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan segala taghut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah.

Jihad umum ini merangkumi jihad harta, pembelajaran, politik, penyampaian dakwah dan peperangan.

Jihad dengan pengertian yang khusus merujuk kepada perang pada jalan Allah.

Sayyid Abul 'Ala al-Maududi berkata: "Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam dengan menggunakan segala yang ada padanya daripada harta benda, jiwa raga, pena dan lidah, maka ia tanpa ragu lagi tergolong dalam orang yang berjihad di jalan Allah dengan pengertian jihad umum.

"Tetapi kalimah jihad ini juga diungkapkan untuk pengertian jihad yang khusus iaitu peperangan dilakukan oleh kaum Muslimin untuk menentang musuh Islam kerana mengharapkan keredaan Allah, bukan duniawi."

Menurut Syeikh Sayyid Sabiq, jihad ialah menggunakan sepenuhnya kekuatan, kuasa dan upaya yang ada dan menanggung kepayahan dan kesukaran untuk memerangi musuh dan menangkis serangannya.

Di kalangan sarjana, ada yang memberikan pengertian lebih umum kepada jihad dengan turut memasukkan mujahadah iaitu jihad melawan hawa nafsu dan syaitan.

Ibnu Qayyim al-Jauzi meletakkan jihad dalam empat peringkat iaitu jihad terhadap hawa nafsu, syaitan, orang kafir dan munafik, orang zalim serta pelaku bidaah dan kemungkaran.

Jihad adalah sesuatu tidak asing dari lembaran sirah perjuangan nabi.

Menurut kiraan ahli sejarah, sepanjang 10 tahun nabi di Madinah, kira-kira 70 angkatan perang diutuskan untuk menghadapi peperangan dengan musuh Islam dan 28 angkatan itu dipimpin baginda sendiri.

Dalam jihad ini baginda menggunakan beberapa jenis pedang seperti Ma'thur, pedang terawal dimiliki baginda sebagai harta pusaka dari bapanya, al-'Adhab dan Zulfiqar iaitu pedang yang tidak pernah berpisah dengan baginda yang dihiasi dengan perak.

Justeru, orientalis melemparkan kritikan dan mengadakan dakwaan kononnya Islam berkembang dengan mata pedang.

Sebenarnya matlamat peperangan dalam Islam ialah untuk meruntuhkan sistem kekufuran, menegakkan ubudiyah hanya untuk Allah serta menzahirkan keagungan, ketinggian dan kemuliaan Islam di atas muka bumi ini.

"Dan, perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanya semata-mata untuk Allah." (al-Baqarah:193)

Maksud fitnah dalam ayat itu ialah kufur dan syirik, sebagaimana pendapat Ibnu Abbas, Qatadah, Mujahid dan Rabi'.

Islam tidak sekali-kali bermaksud untuk memaksa manusia menganut Islam melalui peperangan.

Mustafa al-Syiba'iy ada menegaskan, peradaban Islam adalah untuk mengajak manusia supaya saling kenal mengenal dan tolong menolong dalam keadaan damai.

Prinsip peradaban Islam, katanya, mengharamkan peperangan, tidak boleh menyerang, merampas harta benda dan menghina kehormatan sesuatu bangsa.

"Dalam Islam perang yang sah hanyalah bertujuan membela akidah dan moral umat dan kebebasan, kemerdekaan dan keselamatan umat," katanya, dipetik daripada buku 10 Tokoh Sarjana Islam Paling Berpengaruh.

Jihad perang disyariatkan untuk tujuan membalas serangan musuh, tetapi tidak secara melampaui batas seperti ditegaskan pada ayat 190 surah al-Baqarah, bermaksud: "Dan perangilah di jalan Allah orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."

Ia juga diharuskan untuk membantu orang Islam yang lemah dan dizalimi orang kafir seperti dijelaskan pada ayat 75 surah an-Nisa' serta menghukum perosak agama dan masyarakat Islam termasuk golongan murtad, pemberontak, perompak dan lanun.

Jihad bukanlah suatu peperangan secara agresif, yang menghalalkan semua perkara bagi mencapai kepuasan dan kepentingan diri termasuk merosakkan rumah ibadat, kanak-kanak dan wanita, haiwan dan tumbuhan.

sedih

Ia tertakluk kepada garis panduan yang sudah ditetapkan dan jika tidak ia tidaklah dikatakan jihad.

Wasiat Saidina Abu Bakar kepada tentera Usamah jelas menggambarkan mengenai jihad dan garis panduannya, iaitu: "Jangan menyeksa, jangan membunuh anak kecil, orang tua dan kaum wanita. Jangan menyembelih kambing, lembu atau unta kecuali untuk dimakan. Kamu akan melalui orang yang sedang bertapa di kuil, maka biarkan mereka dengan apa yang mereka lakukan."

kanak2 gaza
Kanak-kanak antara mangsa kekejaman tentera Israel

Dalam perang Uhud, yang mana Rasulullah cedera dan kalangan sahabat meminta baginda mengutuk kaum musyrikin lalu baginda menjawab: "Aku diutuskan bukan untuk membawa laknat, tetapi diutuskan untuk menyeru dan pembawa rahmat."

Kemudian baginda berdoa: "Ya Allah, tunjuki kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui."

Ungkapan Rasulullah itu jelas menunjukkan baginda berperang bukan kerana hausnya pada pertumpahan darah seperti pemimpin empayar besar lain, tetapi kerana ingin menunjukkan jalan kebenaran.

Sunday, January 25, 2009

Website Alquran terjemahan bahasa melayu

http://www.alquran-melayu.com/

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbh.

Logik dari kewujudan laman web ini adalah kewujudan kitab suci Al-Quran al karim itu sendiri.

Kita mempelajarinya semasa kecil, bagaimana membacanya dengan tajwid yang betul, tetapi hanya segelintir daripada kita mengetahui makna ayat-ayat suci Al-Quran. Saya terpanggil untuk mendokumenkan Al-Quran terjemahan bahasa Melayu supaya pencarian Al-Quran terjemahan bahasa Melayu di laman web lebih banyak dan mudah dicapai.Sekarang ini laman web ini adalah yang ketiga menawarkan Al-Quran terjemahan bahasa Melayu, dan yang pertama menggunakan engine blog dengan domain .com supaya carian di search engine lebih mudah dicapai. Umum tahu engine blog wordpress memudahkan capaian robot search engine yang mencari data. Jadi kita berpendapat dengan wujudnya web ini akan lebih memudahkan carian maklumat mengenai ayat alQuran bahasa Melayu seluruh dunia.

Ramai orang bukan Islam bila membaca Al-Quran dengan memahami maksudnya mereka terbuka hati dan kembali ke pangkuan Islam. Mereka ini lebih bertakwa dengan memahami Al-Quran. Kita yang lahir dalam masyarakat Islam seharusnya rasa rendah diri dan malu kerana masyarakat kita kebanyakkannya tidak memahami Al-Quran dan ini menyebabkan banyak gejala sosial berlaku di akhir zaman ini.

Al-Quran & Terjemahan - Bezanya
Terjemahan adalah pemilihan kata-kata oleh manusia berdasarkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca. Kitab Al-Quran yang sebenarnya adalah ayat-ayat dalam bahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw dalam bentuk wahyu sekitar Mekah dan Madinah dan dilindungi Allah swt sehingga ke akhir zaman. Al-Quran tidak mempunyai versi kerana ia hanyalah satu, sebuah kitab sahaja. Al-Quran adalah kata-kata dari Allah swt . Adalah diingatkan sekali lagi bahawa laman ini hanya terjemahan bukan kitab Al-Quran yang sebenar.

Marilah kita bersama-sama membaca dan metelaah Al-Quran di masa lapang, sambil membaca Al-Quran di dalam bahasa Arab, marilah kita sama-sama memahami maksud Al-Quran dalam bahasa Arab itu. Tetapi dalam pada itu adalah diingatkan untuk memahami ayat yang tersirat maksudnya adalah perlu kita rujuk kepada ustad-ustad, lihat ayat tersebut dalam konteks. Kenapa ia diturunkan. Supaya kita tidak salah tafsir. Laman web ini menerangkan konteks bila dan kenapa surah diturunkan.

Thursday, January 22, 2009

Tamat berperang...

Alhamdulillah...

tekun

setelah 11 hari (10 - 21 januari) menjadi sahabat baik buku,sekarang jadi sahabat baik komputer pulak....
beginilah setiap tahun,baca buku waktu nak imtihan jer.Maknanya,masuk telinga kiri keluar telinga kananlah.
Tapi aku yakin aku boleh merubah keadaan kepada lebih baik.kerana "Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu ni'mat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu merubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri".

Cuti pertengahan musim ni,cadang nak g ma'radh,cari buku2 yang boleh dibaca mengisi masa2 lapang...agak2 buku apa a best?

ma'radh

Cairo International Book Fair atau ma'radh kutub adalah pameran buku terbesar didunia,menerima pengunjung pada tahun 2007 seramai 2 juta orang.Memang sesuatu yang membanggakan sapa yang belajar kat Mesir.huhu.

Duit pun mebanggakan gak a... =.="

Tapi ia akan menjadi sampah jika aku tak manfaatkan tempat2 yang penuh dengan ilmu yang datang dari pelusuk dunia.

Kat situ ada juga kitab2 dalam bahasa melayu.Tapi sikit,tak banyak,kebanyakkannya dalam bahasa arab & inggeris.

Jadi marilah beramai2 kita meriahkan pameran buku,jangan lupa bawa duit banyak2.

Akhir kalam pesanan ku untuk Umar,janganlah membuang masa wahai jasadku !